Monday, August 8, 2011

UiTM menjadi rakan baru kepada polis



Kuala Lumpur - Dengan jalinan kerjasama itu Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini menjadi rakan baru kepada Polis.

UiTM mencatat sejarah sebagai universiti pertama mempunyai polis bantuan dengan latihan dan kemahiran daripada PDRM.

Kerjasama melangkaui bidang akademik dan bukan akademik.

Antaranya penyelidikan dan pemantapan kerjaya warga PDRM melalui kursus-kursus berbentuk akademik, kursus jangka pendek atau penganjuran seminar dan program keilmuan.

UITM diwakili Naib Canselornya, Profesor Dato' Dr. Sahol Hamid Abu Bakar manakala PDRM diwakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Tan Sri Ismail berkata rakan baru ini akan memberi kesan positif kepada pelajar institusi pengajian tinggi, pensyarah dan masyarakat.

Turut dilancar logo pasukan polis bantuan Uitm.

No comments: