Monday, August 8, 2011

LATIHAN ORANG AWAM

LATIHAN ORANG AWAM
Untuk menjadikan rakyat Malaysia yang berwibawa, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah menubuhkan satu ruang khas latihan untuk orang awam. Latihan ini bertujuan untuk Menjadikan orang awam di Malaysia mahir dalam segi menyelamat dan peka terhadap bencana yang dihadapi di negara kita.

Memberi kefahaman dan pengetahuan kepada orang awam mengenai Pertahanan Awam Malaysia.
Memberi ilmu kepada orang awam untuk bertindakbalas membantu diri dan orang lain dalam situasi kecemasan dan bahaya.
Usaha promosi untuk menarik orang awam menganggotai pertahanan awam Malaysia
JENIS LATIHAN Latihan orang awam sehari ( 8 jam )

Latihan ringkas dan padat dalam subjek menyelamat kecemasan, CPR, rawatan kecemasandan melawan kebakaran kecil dalam masa 1 hari
Latihan mengikut mata pelajaran

Latihan pilihan mengikut kesesuaian dan keperluan organisasi sama ada dalam subjek menyelamat atau pertolongan cemas atau melawan kebakaran

SESIAPUN BOLEH MEMOHON
1.Kakitangan kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat Swasta, Industri/Kilang dan Bekerja sendiri

2.Penubuhan bukan kerajaan ( NGO ), Penubuhan Siasah Dan Persatuan Penduduk Taman Perumahan atau Kampung
Sijil penyertaan akan dikeluarkan dengan syarat umur 18 tahun keatas dan warganegara Malaysia.

Latihan boleh dibuat di mana sahaja mengikut kesesuaian dan persetujuan bersama pemohon dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Semua pertanyaan dan Permohonan hendaklah dikemukakan ke pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang berhampiran

SYARAT MENJADI ANGGOTA
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas
Shat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal
Kelulusan akademik sekurang-kurangnya darjah LCE/SRP/PMR
Tidak menyertai badan uniform yang lain
Berminat menjalankan tugas secara sukarela.

LAPORAN LATIHAN ORANG AWAM

Untuk Makluman Lanjut sila Hubungi :

Tuan Aji Azri Bin Mustari
Bahagian Pengurusan Latihan
Ibu Pejabat
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Jalan Padang Tembak,
50556 Kuala Lumpur.
No Tel : 03-26871456
No Fax : 03-26944509
Email : ajiazri@civildefence.gov.my

No comments: