Monday, August 8, 2011

UiTM menjadi rakan baru kepada polis



Kuala Lumpur - Dengan jalinan kerjasama itu Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini menjadi rakan baru kepada Polis.

UiTM mencatat sejarah sebagai universiti pertama mempunyai polis bantuan dengan latihan dan kemahiran daripada PDRM.

Kerjasama melangkaui bidang akademik dan bukan akademik.

Antaranya penyelidikan dan pemantapan kerjaya warga PDRM melalui kursus-kursus berbentuk akademik, kursus jangka pendek atau penganjuran seminar dan program keilmuan.

UITM diwakili Naib Canselornya, Profesor Dato' Dr. Sahol Hamid Abu Bakar manakala PDRM diwakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Tan Sri Ismail berkata rakan baru ini akan memberi kesan positif kepada pelajar institusi pengajian tinggi, pensyarah dan masyarakat.

Turut dilancar logo pasukan polis bantuan Uitm.

Diari Jom Silat: Ujian Sijil Menengah Persilatan sesi 2011




9 Julai 2011 – Shah Alam, seramai hampir 300 orang ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi berjaya menghadirkan diri untuk menduduki ujian Sijil Menengah Persilatan (SMP) sesi 2011.
Ujian ini telah diadakan selama dua hari yang berakhir pada 10 Julai 2011.

Bertempat di UiTM, bangunan kejuruteraan dimana semua ahli yang terlibat dalam ujian ini dikumpulkan bagi menjalani sesi ujian tersebut.

Ucapan tahniah dan kata-kata semangat dari YM Syeikh Md. Radzi bin Hj Hanafi Al-Qadahi mengakhiri sesi ujian SMP sesi 2011. Sekali lagi tahniah kepada semua tenaga pengajar yang berjaya dengan cemerlang dalam ujian tersebut.

LATIHAN ORANG AWAM

LATIHAN ORANG AWAM
Untuk menjadikan rakyat Malaysia yang berwibawa, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah menubuhkan satu ruang khas latihan untuk orang awam. Latihan ini bertujuan untuk Menjadikan orang awam di Malaysia mahir dalam segi menyelamat dan peka terhadap bencana yang dihadapi di negara kita.

Memberi kefahaman dan pengetahuan kepada orang awam mengenai Pertahanan Awam Malaysia.
Memberi ilmu kepada orang awam untuk bertindakbalas membantu diri dan orang lain dalam situasi kecemasan dan bahaya.
Usaha promosi untuk menarik orang awam menganggotai pertahanan awam Malaysia
JENIS LATIHAN Latihan orang awam sehari ( 8 jam )

Latihan ringkas dan padat dalam subjek menyelamat kecemasan, CPR, rawatan kecemasandan melawan kebakaran kecil dalam masa 1 hari
Latihan mengikut mata pelajaran

Latihan pilihan mengikut kesesuaian dan keperluan organisasi sama ada dalam subjek menyelamat atau pertolongan cemas atau melawan kebakaran

SESIAPUN BOLEH MEMOHON
1.Kakitangan kerajaan, Badan Berkanun, Syarikat Swasta, Industri/Kilang dan Bekerja sendiri

2.Penubuhan bukan kerajaan ( NGO ), Penubuhan Siasah Dan Persatuan Penduduk Taman Perumahan atau Kampung
Sijil penyertaan akan dikeluarkan dengan syarat umur 18 tahun keatas dan warganegara Malaysia.

Latihan boleh dibuat di mana sahaja mengikut kesesuaian dan persetujuan bersama pemohon dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Semua pertanyaan dan Permohonan hendaklah dikemukakan ke pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang berhampiran

SYARAT MENJADI ANGGOTA
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas
Shat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal
Kelulusan akademik sekurang-kurangnya darjah LCE/SRP/PMR
Tidak menyertai badan uniform yang lain
Berminat menjalankan tugas secara sukarela.

LAPORAN LATIHAN ORANG AWAM

Untuk Makluman Lanjut sila Hubungi :

Tuan Aji Azri Bin Mustari
Bahagian Pengurusan Latihan
Ibu Pejabat
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
Jalan Padang Tembak,
50556 Kuala Lumpur.
No Tel : 03-26871456
No Fax : 03-26944509
Email : ajiazri@civildefence.gov.my

JOM SERTAI JPAM




Perkhidmatan Kecemasan 999 .
PERKHIDMATAN TALIAN KECEMASAN 999Perkhidmatan yang dikenali sebagai Talian Kecemasan 991 telah memulakan perkhidmatan pada 20 Mei 1995 di Kuala Lumpur dan telah mendapat perhatian orang awam di Malaysia.Namun mulai tahun 2007 talian ini telah ditukar kepada Talian 999 yang melibatkan PERTAHANAN AWAM, POLIS , HOSPITAL, DAN BOMBA.

TALIAN 999Sebanyak 3 buah Pusat Panggilan MERS 999 Jabatan Pertahanan Awam Malaysia telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 2008 dan akan diperluaskan ke Seluruh Malaysia berjumlah 23 Pusat Panggilan MERS 999 .

Memandangkan perkhidmatan 999 ini adalah percuma , maka talian ini juga tidak terlepas dari panggilan palsu dan juga talian main-main seperti yang dialami oleh agensi penyelamat yang lain. Berdasarkan laporan terdapat sebanyak 32,707 panggilan telah diterima dan panggilan benar sebanyak 27,008 manakala selebihnya panggilan palsu, main-main dan kesilapan teknikal.

HUBUNGI KAMIUntuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :

Tuan Roslan Bin Wahab
Bahagian Pengurusan Angkatan,
Ibu Pejabat,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia,
50556 Kuala Lumpur.

No Tel : 03-26871303
No Fax : 03-26925205
Email : roslanpmo@civildefence.gov.my



Salam Ramadan

Harap maaf blog ini sedang diedit